http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_sports.php?id=329284
27 April, 2008 15:40 PM | |
Kebanjiran Pelari Kenya Gugat Atlet Tempatan
Oleh Zulhilmi Supaat dan Ahmad Muliady Ab Majid
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Warga Kenya sekali lagi terus mendominasi kemenangan dalam pertandingan maraton di negara ini sekaligus mengundang pelbagai persoalan.
Di manakah pelari jarak sederhana dan jauh tempatan, apakah hadiah wang tunai yang ditawarkan menjadi punca kebanjiran atlet Kenya ataupun mereka sememangnya bagus dan bukan saingan kepada pelari tempatan?.
Pada Kejohanan Power Run edisi kesembilan sejauh 10 kilometer yang berlangsung di Dataran Merdeka, di sini hari Ahad, kedudukan lima tempat teratas bagi kejohanan terbuka lelaki dimonopoli oleh peserta dari Kenya sementara tiga tempat teratas bagi kategori wanita juga dikuasai peserta dari negara Afrika itu.
Tempat pertama bagi acara lelaki terbuka disandang oleh Alius Krputobungle dengan catatan masa 33 minit 12 saat, tempat kedua Wilson Songek (33:14s) dan tempat ketiga Daniel Muenia (33:16s).
Bagi tempat pertama acara wanita terbuka pula disandang oleh Margerat Wangui Njuguna (40:24s),Esther Kabuva Ngungi (40:48s) dan Luay Kurgat (41:17s).
Sebagai rekod, enam pelari Kenya menduduki tiga tempat teratas dalam Kejohanan maraton Antarabangsa Kuala Lumpur ke-17 pada Mac lepas yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM204,100.
Tiga memonopoli kategori Lelaki Terbuka dan tiga lagi menguasai Wanita Terbuka dengan jumlah keseluruhan yang dimenangi mereka ialah RM90,000.
Pada Kejohanan Separuh-Maraton Port Dickson April tahun lepas, tiga pelari Kenya mengungguli tiga tempat teratas kategori lelaki yang memberi ganjaran RM40,000.
Larian Jambatan Pulau Pinang sejauh 21 km pada Julai 2007 dan menawarkan hadiah keseluruhan RM120,000 menyaksikan penguasaan pelari Kenya menguasai tiga tempat teratas.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang hadir di Kejohanan Power Run juga mengeluh dan mengemukakan soalan, "Di mana pelari tempatan. Pelari Kenya bagus kerana beri saingan tetapi nampaknya atlet tempatan pula tenggelam."
Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengakui Malaysia sememangnya kekurangan pelari jarak sederhana dan jarak jauh.
"Pelari muda negara nampaknya kurang berminat mewakili negara tetapi lebih memberi perhatian kepada kejohanan yang menawarkan ganjaran wang tunai.
"Tetapi tanpa bantuan kejurulatihan dari KOAM, mereka sukar untuk menandingi kepantasan pelari luar terutama dari Kenya yang sememangnya terkenal sebagai pelari jarak sederhana dan jauh dunia," katanya yang juga pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan badan induk olahraga negara.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA), S.Vegiyathuman ketika dihubungi tidak menafikan terdapat sindiket yang membawa masuk pelari-pelari Kenya untuk mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai.
Apa yang menjadi persoalan, katanya, pelari dari negara itu cuma mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan ganjaran wang tunai sahaja dan aktiviti tersebut berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.
"Pelari Kenya sememangnya bagus dalam acara jarak sederhana dan maraton penuh dan tanpa pelari jarak jauh yang bagus di rantau ini memudahkan mereka menguasai sebarang kejohanan," katanya yang berpengalaman luas dalam aspek teknikal acara maraton.
Vegiyathuman berkata, kebanjiran pelari Kenya itu pada asalnya amat dialu-alukan dengan tujuan memberi peluang pelari tempatan bersaing dengan atlet yang lebih bagus.
"Kami berharap atlet tempatan dapat menimba pengalaman pelari Kenya tetapi masalahnya pelari Afrika itu hanya muncul bila ada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai," katanya.
Beliau berkata FTAAA kini sedang meneliti perkara tersebut dan merancang untuk menghadkan penyertaan dari Kenya. "Mungkin tidak adil kepada peserta luar (rancangan menghadkan penyertaan) kerana ramai peserta luar lain seperti dari Singapura dan Thailand.
"Cuma peserta Kenya lebih menonjol. Tetapi jika pelari tempatan lebih bagus, tentu isu ini tidak berbangkit," katanya.
-- BERNAMA
Atlet maraton lega
While having dinner, and watching the sports news section, I almost choked watching KOAM is putting efforts to
refrain international runners from participating in Malaysia running events.
First, how could Malaysian athelets aspire to fight internationally, while we try to create a lesser environment to compete locally. In fact, we should be lucky if the kenyans came here. We could learn a thing or two from them. If the purpose is to deny them the prize money, then does it makes our runners go faster if they win it with zero overseas runners participation?
Although some may argue that genetics might have played a role for them to run superfast, but one still needs to train real hard to achieve success. And they had obviously did that, and whatever wins they achieve, it's rightfully theirs.
During the last A famosa triathlon, we have a singapore SEA gold medallist competing with local guys, as well as Austria's professional triathlete Elmar Schuberth. It won't be good sportsmanship to kick these fellows out just because they are not malaysian.
The issue was in hot waters among malaysian runners with a french man winning retracted during orange run 2008, just because he's a foreigner.
http://pm1.blogspot.com/2008/04/cinya-sad-but-its-true.html#comments
If you can't run as fast as them, stop whinning to KOAM, and go run faster!
Like Simon Cross mentioned in his blog: GET FASTER OR GET OVER IT!
http://tritwins.blogspot.com/2008/04/klim-2008.html
No comments:
Post a Comment